Wednesday, January 19, 2011

MASYARAKAT ARAB SEBELUM & SELEPAS KEDATANGAN ISLAM (Tajuk 24)

[ Masyarakat Arab sebelum di lantik Nabi Muhammad saw sebagai rasul dikenali sebagai Masyarakat Jahiliyah.]

Maksud Jahiliyah

  • Segi Bahasa : Berasal dari perkataan ( جهل ) bermaksud : Tidak tahu atau Bodoh
  • Segi Istilah :Tidak tahu atau sesat daripada agama samawi (agama dari Allah )

Masyarakat Arab Jahiliyah Terbahagi kepada 2:


1. Badwi

2. Hadhari

Penempatan

  • Tinggal di luar bandar
  • Tinggal di bandar

Cara hidup

  • Sentiasa berpindah randah, bergantung kpd kawasan berair
  • Tinggal menetap di bandar

Politik

  • Berasaskan kepada qabilah
  • Ketua dipanggil ‘Syeikh’.
  • Sering bergaduh dan berperang di antara qabilah
  • Berasaskan satu kuasa pentadbiran pusat.
  • Hidup bersatu padu

SumberEkonomi

  • Menternak binatang ternakan
  • Bercucuk tanam
  • Merampas harta kabilah lain
  • Berniaga barang kemas dan perhiasan & berhala
  • Bertukang

Kepercayaan Masyarakat Jahiliyah (Badwi & Hadhari)

  1. Agama menyembah berhala - Agama yang paling ramai pengikut, Terdapat lebih kurang 360 jenis berhala di sekitar kaabah, Antaranya yang terkenal : all-Lata , al-Uzza , al-Manat , Taghuth & Yauq
  2. Agama Kristian - Berasal dari Rom Pengantutnya terdapat di Najran, Yaman, Syria, Iraq & kawasan pantai semenanjung Tanah Arab
  3. Agama Yahudi - Bermula pada awal abad pertama Masihi ketika pemerintahan Zu Nuwas di Yaman Penganutnya terdapat di Yaman, Khaibar di Madinah & Utara Hijaz
  4. Agama Majusi - Agama menyembah api yang berasal dari Farsi (Iran sekarang)
  5. Agama Hanif - Agama peninggalan Nabi Ibrahim a.s. Mereka melakukan sembahyang pd waktu pagi & petang, haji & korban
  6. Agama menyembah Alam - Penganut agama ini menyembah matahari , bulan , bintang, tumbuh-tumbuhan & tempat unta berdiri ketika memerah susu

Perangai Keji Masyarakat Arab Jahiliyah

  1. Wanita dijadikan hamba dan boleh dijual serta diwarisi.
  2. Berzina,minum arak dan berjudi menjadi amalan harian
  3. Merompak membunuh dan suka berperang
  4. Sebahagian qabilah membuhuh anak perempuan yang baru lahir
  5. Menindas golongan yang lemah spt golongan hamba

Akhlak Mulia Masyarakat Arab Jahiliyah

  1. Menepati janji
  2. Saling membantu
  3. Menghormati tetamu yg datang
  4. Berani mempertahankan diri & kaum masing-masing

Peranan Islam Mengubah Corak Hidup Masyarakat Jahiliyah

  1. Menghapuskan amalan dan kepercayaan karut kepada mentauhidkan Allah
  2. Mengubah perangai masyarakat yang keji kepada Akhlak yang mulia
  3. Menghapuskan fahaman perkauman yang sempit kepada persaudaraan Islam
  4. Mengubah kehidupan yang suka bermusuhan kpd kehidupan aman dan harmoni

Monday, January 17, 2011

KONSEP AQIDAH (Tajuk 14)

Pengertian Aqidah

Segi bahasa : Kepercayaan yang kukuh dalam hati.

Segi Istilah : Kepercayaan dan keyakinan yang mantap tentang kewujudan Allah serta sifat-sifat kesempurnaannya berdasarkan dalil naqli dan aqli.

Maksud aqidah yg betul

Kepercayaan yang betul berlandaskan dalil al-Quran dan al-Sunnah

Ciri-ciri aqidah yg betul

  1. Kepercayaan yg teguh terhadap kewujudan, keesaan & kekuasaan Allah.
  2. Tidak menyekutukan Allah dgn sesuatu.
  3. Kepercayaan dan keyakinan yang berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah.

Tujuan mempelajari Ilmu Aqidah

  1. Memantapkan keyakinan dalam hati tentang kewujudan Allah
  2. Dapat mengenal pasti aqidah yang betul & salah / sesat
  3. Untuk mempertahan aqidah drpd diresapi ajaran yang menyeleweng
  4. Menjaga iman supaya tetap & selamat di dunia dan di akhirat
  5. Mendidik umai Islam mengenai akhlak & pekerti yang mulia

Aqidah berdasarkan 'Alam Syahadah'.

Setiap kejadian alam yang dapat dilihat, diperhati dan dikaji oleh pancaindera, seperti pokok, matahari, bulan yang menjadi bukti kewujudan dan kekuasaan Allah

Aqidah & Syariat

AQIDAH: Ialah kepercayaan dlm hati tentang kewujudan Allah, malaikat, kitab, rasul , hari akhirat serta qada' dan qadar

SYARIAT: Ialah peraturan dan hukum-hukum yang telah ditentukan oleh Allah sama ada perkara yang berkaitan dengan suruhan atau tegahan

Hubungan Antara Aqidah & Syariat

  1. Merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan seseorang mukmin. Jika diabaikan salah satu daripadanya tidak sempurna / pincang / rosaklah iman seseorang
  2. Syariat adalah pelengkap kepada akidah - Akidah umat Islam dapat dinilai melalui ucapan, kelakuan & amalan tentang syariat
Contoh:
  • (Aqidah) Percaya kpd Allah – (Syariat) Taat laksanakan perintahnya spt solat
  • (Aqidah) Percaya kpd Malaikat – (Syariat) Buat baik dan tinggalkan kejahatan
  • (Aqidah) Percaya kpd Rasul - (Syariat) Mengamalkan sunnah Rasulullah saw
  • (Aqidah) Percaya kpd Kitab – (Syariat) Laksanakan hukum dan ibadah khusus
  • (Aqidah) Percaya kpd Kiamat – (Syariat) Setiap amalan ia akan dibalas
  • (Aqidah) Percaya kpd Qado’ & Qadar – (Syariat) Berusaha buat baik

FARDU AIN & FARDU KIFAYAH (Tajuk 19)

Fardu Ain

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Islam. Berdosa jika tidak ditunaikan

Contoh : Solat fardu, puasa, zakat, dan haji

Kepentingan Fardu Ain

Kpd Individu:

  1. Melahirkan individu yg taat kepada perintah dan larangan Allah
  2. Melahirkan individu yang berilmu, beramal & berfikiran positif

Kpd Masyarakat:

  1. Masyarakat akan mengamalkan cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan
  2. Amar makruf & Nahi munkar dapat dilaksanakan dengan berkesan dlm masyarakat

Kpd Negara:

  1. Melahirkan warga negara yg berdisiplin & berakhlak mulia
  2. Syiar Islam dapat ditegakkan di seluruh negara

Akibat mengabaikan Fardu Ain

  1. Mendorong seseorang utk melakukan larangan Allah
  2. Jiwa sentiasa tidak tenteram dan mudah digoda oleh syaitan
  3. Berakhlak buruk
  4. Hidup tidak mendapat keberkatan dan keredaan Allah

Fardu Kifayah

Perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika tidak ada yang melaksanakannya, semua anggota masyarakat akan berdosa

Contoh:Menguruskan jenazah, solat berjamaah, menguasai ilmu dan kemahiran dlm bidang yg diperlukan spt bidang pembuatan makanan, pakaian,pertanian, perubatan,teknologi maklumat dll

Kepentingan Fardu Kifayah

Kpd Individu :

  1. Melahirkan individu yg mahir dan pakar dlm suatu bidang ilmu dan kemahiran
  2. Melahirkan individu muslim yg berilmu dan beramal

Kpd Masyarakat :

  1. Dapat memenuhi keperluan masy Islam sesuai dgn tuntutan syariat
  2. Masy Islam akan bertambah maju dlm semua bidang kehidupan

Kpd Negara :

  1. Negara dihormati dan disegani kerana merealisasikan tuntutan Islam
  2. Negara bertambah maju dlm segenap bidang

Akibat Mengabaikan Fardu Kifayah

  1. Ketinggalan dalam semua bidang, terutama bidang ilmu pengetahuan & ekonomi
  2. Hidup dalam kemiskinan disebabkan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran
  3. Dipandang rendah oleh masyarakat dan negara luar

Perbezaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah

  1. Fardu Ain diwajibkan ke atas setiap individu muslim manakala Fardu Kifayah diwajibkan ke atas sebahagian dari anggota masyarakat.
  2. Fardu Ain Dosa dikenakan ke atas diri individu yang tidak melaksanakannya manakala Fardu Kifayah Dosa dikenakan ke atas semua anggota masy jika ia tidak dilaksanakan
  3. Fardu Ain Meliputi ibadat yang berkait secara langsung dengan Allah manakala Fardu Kifayah Meliputi ibadat yang mempunyai pertalian sesama manusia

AL QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP (Tajuk 1)

Maksudnya :

Alif. Lam, Mim (1). Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya drpd Allah & tentang kesempurnaannya), Ia pula menjadi petunjuk bagi org-org yg (hendak) bertaqwa (2). Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan ) solat serta membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yg kami berikan kpd mereka (3) .Dan orang yang beriman kpd kitab al-Quran yg diturunkan kpdmu (wahai Muhammad), Dan Kitab-kitab yg diturunkan dahulu drpdmu. Serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat ( dgn sepenuhnya) (4). Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk drpd Tuhan mereka, Dan merekalah orang yang berjaya (5)

TAQWA

Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya

CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA (berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 1-5)

  1. Beriman dengan perkara ghaib *
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Membelanjakan sebahagian rezeki / harta pada jalan Allah SWT
  4. Beriman & beramal dengan ajaran al- Quran
  5. Beriman kepada kitab-kitab asal yg diturunkan kpd rasul-rasul
  6. Beriman dengan Hari Akhirat

*Perkara Ghaib : ialah perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tetapi boleh diketahui melalui al- Quran & al- Hadis. Contoh: Alam barzakh, roh, dosa, pahala, syurga, neraka dll

KELEBIHAN ORANG BERTAQWA

  1. Dikasihi dan diredai Allah SWT
  2. Mendapat kejayaan hidup di dunia & di akhirat
  3. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir nagetif
  4. Sentiasa reda dan tabah menghadapi ujian hidup

USAHA UNTUK MENJADI MUKMIN BERTAQWA

  1. Sentiasa menunaikan solat pada waktunya
  2. Berusaha membaca dan memahami al- Quran
  3. Mengamalkan akhlak mulia
  4. Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kepada maksiat dan perbuatan keji
PENGAJARAN AYAT :
  1. Al-Quran memimpin manusia kejalan yang selamat dunia & akhirat
  2. Solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun
  3. Rezeki / harta yang dikurniakan Allah SWT hendaklah digunakan ke jalan yang diredai Allah