Monday, January 17, 2011

AL QURAN MENJANA KECEMERLANGAN HIDUP (Tajuk 1)

Maksudnya :

Alif. Lam, Mim (1). Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya ( tentang datangnya drpd Allah & tentang kesempurnaannya), Ia pula menjadi petunjuk bagi org-org yg (hendak) bertaqwa (2). Iaitu orang yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan (mengerjakan ) solat serta membelanjakan (mendermakan ) sebahagian dari rezeki yg kami berikan kpd mereka (3) .Dan orang yang beriman kpd kitab al-Quran yg diturunkan kpdmu (wahai Muhammad), Dan Kitab-kitab yg diturunkan dahulu drpdmu. Serta mereka yakin akan (adanya) hari akhirat ( dgn sepenuhnya) (4). Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk drpd Tuhan mereka, Dan merekalah orang yang berjaya (5)

TAQWA

Mengawal diri daripada melakukan perkara yang dimurkai Allah SWT dengan mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan laranganNya

CIRI-CIRI MUKMIN BERTAQWA (berdasarkan surah Al-Baqarah ayat 1-5)

  1. Beriman dengan perkara ghaib *
  2. Menunaikan solat lima waktu sehari semalam
  3. Membelanjakan sebahagian rezeki / harta pada jalan Allah SWT
  4. Beriman & beramal dengan ajaran al- Quran
  5. Beriman kepada kitab-kitab asal yg diturunkan kpd rasul-rasul
  6. Beriman dengan Hari Akhirat

*Perkara Ghaib : ialah perkara yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tetapi boleh diketahui melalui al- Quran & al- Hadis. Contoh: Alam barzakh, roh, dosa, pahala, syurga, neraka dll

KELEBIHAN ORANG BERTAQWA

  1. Dikasihi dan diredai Allah SWT
  2. Mendapat kejayaan hidup di dunia & di akhirat
  3. Tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir nagetif
  4. Sentiasa reda dan tabah menghadapi ujian hidup

USAHA UNTUK MENJADI MUKMIN BERTAQWA

  1. Sentiasa menunaikan solat pada waktunya
  2. Berusaha membaca dan memahami al- Quran
  3. Mengamalkan akhlak mulia
  4. Meninggalkan perbuatan yang boleh mendorong kepada maksiat dan perbuatan keji
PENGAJARAN AYAT :
  1. Al-Quran memimpin manusia kejalan yang selamat dunia & akhirat
  2. Solat fardu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun
  3. Rezeki / harta yang dikurniakan Allah SWT hendaklah digunakan ke jalan yang diredai Allah

No comments:

Post a Comment