Monday, January 17, 2011

FARDU AIN & FARDU KIFAYAH (Tajuk 19)

Fardu Ain

Perkara yang wajib ditunaikan oleh setiap individu Islam. Berdosa jika tidak ditunaikan

Contoh : Solat fardu, puasa, zakat, dan haji

Kepentingan Fardu Ain

Kpd Individu:

  1. Melahirkan individu yg taat kepada perintah dan larangan Allah
  2. Melahirkan individu yang berilmu, beramal & berfikiran positif

Kpd Masyarakat:

  1. Masyarakat akan mengamalkan cara hidup islam dalam semua aspek kehidupan
  2. Amar makruf & Nahi munkar dapat dilaksanakan dengan berkesan dlm masyarakat

Kpd Negara:

  1. Melahirkan warga negara yg berdisiplin & berakhlak mulia
  2. Syiar Islam dapat ditegakkan di seluruh negara

Akibat mengabaikan Fardu Ain

  1. Mendorong seseorang utk melakukan larangan Allah
  2. Jiwa sentiasa tidak tenteram dan mudah digoda oleh syaitan
  3. Berakhlak buruk
  4. Hidup tidak mendapat keberkatan dan keredaan Allah

Fardu Kifayah

Perkara yang wajib dilaksanakan oleh sebahagian anggota masyarakat untuk menjaga kepentingan umat Islam. Jika tidak ada yang melaksanakannya, semua anggota masyarakat akan berdosa

Contoh:Menguruskan jenazah, solat berjamaah, menguasai ilmu dan kemahiran dlm bidang yg diperlukan spt bidang pembuatan makanan, pakaian,pertanian, perubatan,teknologi maklumat dll

Kepentingan Fardu Kifayah

Kpd Individu :

  1. Melahirkan individu yg mahir dan pakar dlm suatu bidang ilmu dan kemahiran
  2. Melahirkan individu muslim yg berilmu dan beramal

Kpd Masyarakat :

  1. Dapat memenuhi keperluan masy Islam sesuai dgn tuntutan syariat
  2. Masy Islam akan bertambah maju dlm semua bidang kehidupan

Kpd Negara :

  1. Negara dihormati dan disegani kerana merealisasikan tuntutan Islam
  2. Negara bertambah maju dlm segenap bidang

Akibat Mengabaikan Fardu Kifayah

  1. Ketinggalan dalam semua bidang, terutama bidang ilmu pengetahuan & ekonomi
  2. Hidup dalam kemiskinan disebabkan tidak mempunyai ilmu dan kemahiran
  3. Dipandang rendah oleh masyarakat dan negara luar

Perbezaan Fardu Ain dan Fardu Kifayah

  1. Fardu Ain diwajibkan ke atas setiap individu muslim manakala Fardu Kifayah diwajibkan ke atas sebahagian dari anggota masyarakat.
  2. Fardu Ain Dosa dikenakan ke atas diri individu yang tidak melaksanakannya manakala Fardu Kifayah Dosa dikenakan ke atas semua anggota masy jika ia tidak dilaksanakan
  3. Fardu Ain Meliputi ibadat yang berkait secara langsung dengan Allah manakala Fardu Kifayah Meliputi ibadat yang mempunyai pertalian sesama manusia

No comments:

Post a Comment